إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Yang bermaksud: Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan.
Hadis ini membawa pengertian bahawa setiap perbuatan dan amalan anak Adam itu dinilai berdasarkan niat ianya dilakukan. Jika niatnya baik dan ikhlas kepada Allah Ta’ala maka itu merupakan ibadah yang menyebabkanya si pelakunya memperoleh pahala. Ini kerana niat merupakan amalan hati yang terpenting bagi manusia.
Dengan demikian, hendaklah kita sentiasa menyimpan niat yang baik di hati, serta ikhlas kepada Allah s.w.t dalam apa jua tingkahlaku kita agar ianya menjadi ibadah dan mendapat keredhaan Allah s.wt.
Renung2kanlah dan selamat beramal..:-)