Saturday, March 19, 2011

Pelajaran Hari Ini : Buatlah sesuatu dengan niat yang baik :-)

 Sabda Rasulullah S.A.W:


 إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى


Yang bermaksud: Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan. 


Hadis ini membawa pengertian bahawa setiap perbuatan dan amalan anak Adam itu dinilai berdasarkan niat ianya dilakukan. Jika niatnya  baik dan ikhlas kepada Allah Ta’ala maka itu merupakan ibadah yang menyebabkanya si pelakunya memperoleh pahala. Ini kerana niat merupakan amalan hati yang terpenting bagi manusia.

Dengan demikian, hendaklah kita sentiasa menyimpan niat yang baik di hati, serta ikhlas kepada Allah s.w.t dalam apa jua tingkahlaku kita agar ianya menjadi ibadah dan mendapat keredhaan Allah s.wt.
 
Renung2kanlah dan selamat beramal..:-)


Saturday, December 11, 2010

SUJUD SAHWI

Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad seperti tertinggal tahiyyat awal.
Sujud sebelum atau selepas salam?
Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.
Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam.
Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.
Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) Adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”
Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”
Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”
(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.
Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)
Manakala mazhab Maliki pula bergantung samada terlebih atau terkurang bilanagn rakaat. Jika terkurang, sujud sebelum salam. Jika terlebih, sujud selepas salam.
Doa sujud sahwi
sahwi2.gif
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


source:  http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/11/sujud-sahwi/

Contoh Doa Amalan Harian 1

"Ya Allah jangan Kau uji aku melebihi batas mampu dan sanggupku, Ya Allah bila memang Kau uji, aku percaya Kau sayang padaku. Ya Allah lindungilah diriku dari yang menjahati dan menzalimiku. Ya Allah Kaulah Maha Segala Engkaulah pelindung hidup dan matiku.."

I Asked God...

I Asked God...
I asked for strength and God gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom and God gave me problems to solve
I asked for prosperity and God gave me brawn and brain to work
I asked for courage and God gave me dangers to overcome
I asked for patience God placed me in situations where I was forced to wait
I asked for love and God gave me troubled people to help
I asked for favors and God gave me opportunities
I received nothing I wanted I received everything I needed
My Prayer Has Been Answered. :-)

Tuesday, November 23, 2010

SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam. 
Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah. 
Lafaz niat: 

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Pada rakaat pertama ucaplah Al-FatihahSelepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas 

Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

Ertinya: “Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “ 
Selepas memberi salam ucaplah doa : 


Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . 
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah” 
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Friday, October 29, 2010

Cara Berwudhu'


Wudhu' @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
 

Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

 

Sembahyang-sembahyang sunat.
Thawaf di Baitullah.
Menyembahyangkan mayat.
Sujud tilawah atau sujud syukur.
Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.


 

Syarat-syarat Wudhu'
 

Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

 

Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.



Rukun-rukun wudhu'

 

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

 

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

 

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
 



"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.


 
NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN



2. MEMBASUH MUKA
, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

 

HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI



3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU
, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

 

MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA



4. MENYAPU AIR KE KEPALA
, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
 

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
 




5. MEMBASUH KEDUA KAKI
, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
 
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
 
Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'
 

 

Sunat-sunat wudhu'
 

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-

 

Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.
 

 

Perkara yang membatalkan wudhu'.

Enam perkara membatalkan wudhu':-

 

Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
Murtad.

 
 

Perkara yang sunat untuk berwudhu'.

 

Sehabis keluar darah dari hidung.
Sesudah mengantuk.
Hendak berjalan jauh.
Sehabis ketawa berbahak-bahak.
Ragu-ragu dalam berwudhu'.
Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
Ziarah ke kubur.
Memegang atau memikul mayat.
Jika dalam keadaan marah.